MB Umno ke rumah tokoh PAS

Muda Mohd Noor | May 8, 09 12:48pm
Ketika penentangan majoriti ADUN Umno terhadapnya belum reda, menteri besar Terengganu menemui seorang tokoh utama PAS baru-baru ini – membuka pelbagai spekulasi baru.

Walaupun Datuk Ahmad Said dikatakan “hanya membeli dua ekor kambing” milik ADUN Manir, Datuk Harun Taib, seorang pemimpin Pemuda PAS membuat andaian sebaliknya.

Pertemuan Ahmad dengan bekas ketua Dewan Ulama PAS itu diadakan di rumah pemimpin pembangkang itu di Kampung Kubang Lembek dekat Kuala Terengganu minggu lalu.

Harun mengesahkan Ahmad membeli dua ekor kambingnya jenis boer.
Bagaimanapun timbalan ketua Pemuda PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu Malaysiakini, “tetapi saya rasa mereka ada urusan lain. Mungkin ada membincangkan isu-isu politik.”

Ahmad berdepan dengan tindakan 18 ADUN Umno yang mahu menyingkirkannya daripada jawatan itu – yang disandangnya bersama bantahan besar susulan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Baru-baru ini, 10 daripada ADUN pro- Idris yang memulaukan persidangan DUN pertengahan bulan lalu dengan alasan nyawa mereka terancam.

Tiga daripada mereka menerima SMS ugutan susulan ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan tersebut.

Ketika dihubungi, Harun berkata Ahmad membeli dua ekor kambing jenis boer tetapi tidak mahu memberitahu harganya.

Ditanya sama ada mereka turut membincangkan isu politik khususnya membabitkan usaha 18 ADUN BN tersebut, Harun berkata, “kita bercakap kisah kambing sahaja.”

“Tidak eloklah bercakap pasal lain kerana Datuk Ahmad datang hendak membeli kambing,” tambahnya, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu.

Harun antara pemimpin PAS yang dikatakan condong kepada aliran pro-rundingan PAS-Umno seperti juga pendirian pesuruhjaya negeri Datuk Mustafa Ali dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Harun bagaimanapun menambah, PAS negeri sedia berunding dan bekerjasama dengan Ahmad dan mana-mana pemimpin Umno lain.

Katanya, semasa sidang DUN lalu, beliau pernah menyebut bahawa PAS sedia berunding dengan pemimpin Umno negeri.

“Tetapi Ahmad tidak menjawab. Tapi kalau dia jawab, kita boleh berunding,” katanya.

“Kalau sungguh mereka hendak (berunding), saya sanggup bincang.”

malaysiakini.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s