Jualan khindzir di tengah-tengah bandar Labuan

Apa kisahnya protes penjual-penjual yang terbabit?

Seorang penjual sedang menjelaskan protesnya…kenapa beliau dan rakan-rakan penjual lain menjual khindzir di tempat terbuka sedemikan…

Inilah bangunan yang telah disiap dibina ditempat lain tetapi mengundang kontroversi dan protes dari penjual khindzir yang selama ini telah berniaga di pasar besar Labuan:

Hanya ada empat penjual khindzir ketika ketua Bahgian Labuan, Rozaini Mohd Rosli meninjau keadaan dan mendengar keluhan dari mereka.
Mereka menjelaskan bahawa mereka telah dihalau dari pasar tanpa sebarang perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan atau wakil rakyat yang berkenaan, Datuk Suhaili Abd Rahman ketika projek pemindahan penjualan khindzir itu diluluskan.
Wakil Rakyat yang sekarang, Datuk Yusof Mahal belum lagi menemui penjual-penjual tersebut bagi mencari penyelesaian yang adil.
Penjual-penjual tersebut merasa bimbang punca pendapatan mereka menjadi sangat terjejas kerana penduduk Labuan berkenaan tidak akan ke pasar yang baru dibina hanya semata-mata untuk membeli khindzir. mereka telah menyatakan bahawa pada asalnya pasar baru itu akan memuatkan peniaga-peniaga semua barangan pasar, tetapi sangkaan itu meleset sama sekali.
Untuk pergi ke tempat pasar baru itu juga memerlukan tambang bas dan teksi yang mahal.

Sewajarnya, pihak Perbadanan Labuan dan pihak-pihak yang berkenaan segera mencapai persetujuan yang boleh mengakhiri isu ini berlanjutan, yang menimbulkan persepsi negatif bukan saja oleh masyarakat setempat, tetapi juga masyarakat antarabangsa. Labuan dikenali sebagai Pusat Pesisir Luar Kewangan Antarabangsa yang didatangi dan dihuni juga oleh masyarakat antarabangsa.

Hanya empat orang penjual yang perlu dilayani…bagaimanakah boleh terjadi sehingga keadaan menjadi tidak terkawal sedemikian?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s